Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Khairy Perlu Bertanggungjawab Terhadap Kes Penyelewengan Pegawai KBS

Submitted by on March 21, 2016 – 3:23 PMNo Comment

Kenyataan Umum
21 Mac 2016

Khairy Perlu Bertanggungjawab Terhadap Kes Penyelewengan Pegawai KBS

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) amat kecewa susulan pendedahan laporan berita mengenai penyelewangan peruntukan oleh seorang pegawai Kementerian Belia dan Sukan dalam keadaan persatuan-persatuan sukan dan atlet-atlet masih terabai dan bergelut dengan masalah kewangan.

Kes ini telah berterusan untuk 5 tahun lamanya sebelum terbongkar dan ia melibatkan peruntukan berjumlah RM 100 juta. Ini bermakna audit dalaman dan audit daripada Jabatan Audit Negara sangat tidak efisyen. Setelah kehilangan sejumlah wang yang besar, barulah kes ini disiasat oleh SPRM.

Khairy Jamaluddin ternyata gagal dalam menguruskan kementeriannya. Inilah akibat terlalu sibuk untuk menjadi Menteri “Hipster” sehinggakan terlepas pandang untuk melihat loop-hole yang berlaku dalam sistem perolehan kementeriannya. Khairy harus bertanggungjawab kerana gagal untuk membuat penilaian mengenai sistem perolehan dalam kementeriannya sehingga boleh dimanipulasi oleh pegawainya sendiri.

Insiden ini juga adalah salah satu sebab mengapa SAMM menegaskan pendirian kami mengenai perubahan sistem. Kelompangan dalam sistem perolehan dan prosedur kewangan Kerajaan adalah punca ketirisan dan kebocoran peruntukan boleh berlaku.

Jika Khairy peka dengan keadaan kementeriannya, pastinya RM 100 juta ini boleh disalurkan kepada persatuan dan atlet sukan. Mungkin Watson Nyambek juga tidak berhadapan dengan risiko muflis ekoran ketidakmampuannya untuk menjelaskan pinjaman wang untuk perubatan bapanya.

Khairy dan Pegawai Atasan KBS seperti Ketua Setiausaha (KSU) harus bertanggungjawab atas perkara ini. SAMM juga yakin banyak lagi perkara seumpama ini berlaku dalam sistem pentadbiran Kerajaan hari ini dan SAMM menyokong segala usaha pembongkaran dan pendakwaan yang dilakukan terhadap pelakunya.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda SAMM

Khairy

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.