Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Lebih Banyak Pihak Harus Desak Rawatan Rapi Buat Anwar Di Hospital, Bukan di Penjara

Submitted by on March 31, 2016 – 3:56 PMNo Comment

Kenyataan Umum
31 Mac 2016

Lebih Banyak Pihak Harus Desak Rawatan Rapi Buat Anwar Di Hospital, Bukan di Penjara

Menurut maklumat terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam keadaan sakit di dalam penjara. Secara spesifik, kecederaan di bahagian bahu kirinya yang dialami sejak beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya di Sri Hartamas Kuala Lumpur sebelum beliau diheret ke penjara masih belum pulih sepenuhnya. Ia tidak termasuk beberapa masalah kesihatan yang lain yang memerlukan rawatan rapi dari hospital, bukan dari penjara.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mendesak pihak berkuasa memberikan rawatan sewajarnya sesuai dengan hak anwar walaupun beliau seorang banduan politik. Anwar perlu dibawa ke hospital secara berkala dengan kekerapan yang tinggi untuk rawatan dan terapi yang lebih baik. SAMM juga menyeru agar semua NGO, parti politik turut bersama mendesak supaya DSAI diberi rawatan di Hospital.

Walaupun Anwar kelihatan tenang dan sihat ketika beliau menghadiri setiap perbicaraan mahkamah yang dihadirinya, mereka yang rapat dengan DSAI termasuk kaum keluarga pastinya mengesan riak wajah Anwar yang menahan sakit. Di atas semangat melawan DSAI tetap tersenyum namun di sebalik senyuman itu tidak kita tahu penderitaan yang dialami beliau.

Mesej Anwar dari Penjara juga jangan sesekali dipandang enteng. Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ melalui Deklarasi Mahathir kini telah semakin lemau, ini sudah dibaca lebih awal oleh Anwar Ibrahim. Anwar turut mempersoal di mana tuntutan ‘institutional reform’ dalam deklarasi selamatkan Malaysia, kerana apa yang dilihat hanyalah obses kuasa semata-mata.

SAMM tetap melihat Anwar Ibrahim sebagai simbol perjuangan reformasi rakyat bagi menumbangkan Kerajaan rejim UMNO-BN. SAMM bukan Anwaris atau front NGO mana-mana parti politik. Kami berdiri sendiri malah beberapa kali bertembung dengan Anwar dari sudut idea dan pelaksanaan. Namun kita perlu akui peranan dan pengaruh Anwar terhadap rakyat serta jasanya yang sanggup dipenjara demi melawan korupsi dan pertahan prinsip telah membuka mata kesedaran rakyat.

SAMM tidak sama sekali membela Najib tetapi menegaskan hanya menjatuhkan Najib dan menaikkan seorang lagi PM daripada UMNO-BN tidak membawa erti apa-apa. Ingat Kita pernah menjatuhkan Abdullah bersama Mahathir dan Mahathir yang berkeras mahu menaikkan Najib sebagai PM walaupun ada bantahan keras dari rakyat. Akhirnya hari ini rakyat juga yang merana di atas kesilapan kita memberi ruang kepada Mahathir.

Sekian,

Faisal Zainal
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Anwar sakit

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.