Home » All Post, Headlines, SAMM

Saya Percaya, DSAI Tetap Bersama Blok Rakyat

Submitted by on March 12, 2016 – 12:37 PMNo Comment

Tulisan Umum
12 Mac 2016

Saya Percaya, DSAI Tetap Bersama Blok Rakyat

Dari sumber sahih saya berani katakan bahawasanya DSAI tidak menyokong Deklarasi Rakyat acuan Mahathir. Kenyataan DSAI sehari sebelum deklarasi tersebut diishtihar Mahathir telah dimanipulasi dan sengaja misinterpret oleh pihak yang terdesak menagih sokongan ramai sokong terhadap Mahathir, sedangkan yang menyokong hanya pemain politik opportunist.

Kenyataan DSAI yang dimanipulasi itu mempunyai kesan tersendiri, bukan hanya rakyat yang mengharap perlawanan dari DSAI telah mengubah sikap menyokong Mahathir, malah ramai player politik terperangkap.

Mereka hadir membiarkan Mahathir dilihat menjadi ketua membaca deklarasi yang digarap konco Mahathir, dan mereka dengan gugup menurunkan tandatangan di atas deklarasi tersebut tanpa perhalusi kesan langsung implikasi umum khususnya soal halatuju gabungan pembangkang. Sedarkah mereka, antara yang paling depan sign deklarasi itu adalah perompak dan perampuk besar yang selama ini mereka lawan?

Pasca pengishtiharan Deklarasi Rakyat oleh bapa pemodenan yang membudayakan rasuah, menyaksikan pada tanggal 9 Mac satu lagi kenyataan DSAI dirakam dari penjara dan ini dilihat sangat genuine berbanding sebelumnya. DSAI tidak menyebut nama Mahathir malah tidak menyentuh langsung soal Deklarasi Rakyat walaupun ketika ia sedang hangat diperkatakan.

Rumusan kenyataan DSAI antara lain menyebut bahawa perlunya satu gabungan yang lebih realiti bersama NGO dan juga bersama aspirasi rakyat. Bukan menjadi opportunist yang melihat kononnya bakal PM akan hadir dari kalangan gabungan Mahathir, samada Muhyiddin atau Azmin maka berbondonglah politikus datang ‘parking’.

Justeru, malam ini di dewan KLSCAH akan berlangsung Majlis Penyataan Sikap Rakyat, yang bakal membentuk sebuah gerakan tanpa kompromi. Semua orang ramai dijemput hadir, termasuk pemimpin yang barangkali menyedari kesilapan bersama Mahathir.

Saya sebut dengan jelas, kita lawan Najib yang disokong kuat oleh Mahathir ketika PRU13. Namun apabila dua sosok ini berseteru di atas kepentingan menjarah tanahair, apakah kita terpaksa atau dipaksa memilih untuk menyokong salah satu antara mereka? Mengapa jika lawan Mahathir diiktiraf pula sebagai menyokong Najib?

Tidak bolehkah kita ambil keputusan bersama untuk lawan kedua-dua belah pihak ini? Kerana kita nampak jelas di satu pihak dengan kuku besi mengukuh kedudukkan untuk terus berkuasa, manakala sebelah pihak lagi pernah lebih teruk merosakkan negara (menjadi punca apa yang berlaku hari ini), malah merosakkan nama keadilan. Ayuh, samada blok Mahathir-Muhyiddin-Azmin mahupun blok Najib-Zahid-Hadi, kita lawan dua-dua kerana garis kita ialah garis rakyat.

Ingatlah bahawa di sebalik pertembungan dua blok ini, rakyat menjadi mangsa dan terus sengsara. Ayuh kita bersama blok rakyat, tanpa kompromi. Saya percaya suara sokongan dari penjara Sg Buluh tetap bersama rakyat marhein, bukan kepada pemain slogan.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

gerakan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.