Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Anwar Kini Dirawat di Hospital

Submitted by on April 7, 2016 – 1:13 PMNo Comment

Kenyataan Media
6 April 2016

Anwar Kini Dirawat di Hospital

Semenjak sebulan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi fokus menggerakkan tekanan untuk DS Anwar Ibrahim diberi rawatan lengkap dan ditempatkan dihospital.

Keadaan kecederaan bahu (akibat kemalangan) dan kecederaan tulang belakang akibat dipukul oleh ketua polis negara selepas dipecat sebagai TPM kerana enggan mengikut kehendak Mahathir semakin parah. Begitu juga tahap kesihatan lain sehingga tekanan darah sentiasa dalam keadaan membimbangkan.

Alhamdulillah semalam jam 5 petang Anwar telah dimasukkan semula ke hospital dan hari ini difahami akan memulakan beberapa prosedur rawatan termasuk MRI.

Cuma peliknya dua kali yang terakhir ini semenjak ramai sibuk menjunjung Mahathir, kemasukan Anwar ke hospital juga tidak diumumkan oleh parti seperti sebelumnya.

Saya ingin jemput semua baca kenyataan saya ketika Anwar dimasukkan ke wad HKL beberapa minggu lepas. Klik http://anakmudamalaysia.com/…/jika-semua-fokus-dan-ikhlas-…/

Anwar ialah mangsa konspirasi jahat dalam beliau mempertahankan prinsip memperjuangkan rakyat. Desakan pembebasan Anwar Ibrahim wajar diberi perhatian dan harus terus konsisten.

Faisal Zainal
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.