Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Jalur Tuntutan Negara Perubahan Diserah Kepada Wakil PM dan Ketua Pembangkang

Submitted by on April 7, 2016 – 4:21 PMNo Comment

12919895_1156376231048849_6916115694177996941_n

Kenyataan Umum
7 April 2016

Jalur Tuntutan Negara Perubahan Diserah Kepada Wakil PM dan Ketua Pembangkang

Dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan kemelut kepimpinan politik dan ekonomi, perkara yang paling utama sekali yang perlu dilaksanakan adalah reformasi sistem urustadbir negara. Kita tidak akan dapat memulihkan negara tanpa melakukan reformasi sistem yang menyeluruh.

Sistem urustadbir yang ada hari ini telah menjadi rosak dan terdapat begitu banyak kelompangan. Kelompangan ini sering dimanipulasi oleh politikus oportunis dan pemerintah untuk mengukuhkan amalan politik naungan kuasa dan ekonomi ini.

Justeru itu, SAMM telah memulakan usaha dan menggerakkan jaringan muda dalam negara semenjak 8 bulan yang lalu untuk meneroka idea perubahan untuk membaikpulih sistem urustadbir yang tempang ini. 3 bengkel telah diadakan untuk mencanai idea perubahan di kalangan aktivis muda dari pelbagai latar dan kumpulan mahasiswa tempatan.

SAMM juga telah mengadakan sesi dialog dengan jaringan aktivis nusantara untuk mempelajari dan bertukar pandangan mengenai sistem urustadbir negara masing-masing. SAMM juga telah membentangkan kertas cadangan mengenai Pembiayaan Politik yang turut terkandung dalam dokumen ini kepada Jawatankuasa Konsultasi Nasional Mengenai Pembiayaan Politik di Institut Integriti Negara pada bulan Oktober 2015.

Pada 6 April 2016, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah pun menyerahkan dokumen Jalur Tuntutan Negara Perubahan kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang. Dokumen ini telah diterima oleh Y. Bhg. Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor bagi pihak Perdana Menteri dan YB Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani yang mewakili Ketua Pembangkang di perkarangan Parlimen Malaysia. Susulan daripada itu, dokumen Jalur Tuntutan Negara Perubahan kemudiannya akan dihantar kepada kesemua 222 Ahli Dewan Rakyat melalui pos.

SAMM menyeru setiap rakyat Malaysia untuk mengambil kesempatan daripada kecelaruan politik hari ini untuk bersama-sama mendesak ke arah sebuah pembaharuan sistem urustadbir yang menyeluruh. Dengan melakukan reformasi yang menyeluruh sahajalah, masa depan rakyat dan negara ini dapat diselamatkan. Perubahan sistem bukanlah satu retorik yang hanya disebutkan untuk meraih laba politik semata-mata. Tetapi ia perlu didokong dengan iltizam politik dan keberanian untuk menjadikannya satu realiti.

SAMM sekali lagi menegaskan bahawa SAMM menolak perubahan yang sekadar menukar personaliti semata-mata yang digerakkan oleh golongan elitis politik dan meminggirkan rakyat. SAMM menuntut agar kerajaan sementara (caretaker goverment) meliputi semua parti politik dalam tempoh maksima 18 bulan bagi menyelesaikan semua krisis yang sedang berlaku dan, memulakan usaha untuk menambahbaik dan memulihkan sistem tadbir urus termasuk sistem pilihanraya bagi mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi pilihanraya Umum yang bersih, adil dan telus. Kerajaan pemerintah selepas itu perlu melaksanakan fasa pemulihan sistem mengikut acuan yang ditetapkan.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.