Home » All Post, Headlines, SAMM

SAMM Akan Hadir Dialog Deklarasi Rakyat Bersama Mahathir

Submitted by on April 4, 2016 – 5:16 PMNo Comment

Kenyataan Media
4 April 2016

SAMM Akan Hadir Dialog Deklarasi Rakyat Bersama Mahathir

Solidariti Anak Muda Malaysia telah dijemput untuk menghadiri sebuah dialog anak muda ‘Deklarasi Rakyat, Realiti Atau Fantasi?’ yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Universiti Malaya. Dialog tertutup ini akan berlangsung pada 7 April ini jam 4 petang bertempat di Clubhouse Persatuan Alumni UM.

SAMM akan hadir sebagai hadirin yang akan diberi peluang bertanyakan soalan terus kepada ahli panel yang terdiri daripada Tun Dr Mahathir, Dato Ambiga dan juga Maria Chin Abdullah.

Banyak pihak yang sebelum ini menggesa SAMM supaya memberi ruang dan peluang untuk mendengar penjelasan mengenai Deklarasi Rakyat, termasuk melalui forum dan dialog dua hala. Maka program dialog yang turut dihadiri oleh penggubal Deklarasi Rakyat ini adalah platform yang tepat dan SAMM sedia hadir bertanya soalan serta bertukar pandangan dari ‘audience floor’.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

3a63aee7-acf7-4e62-a994-b5182a080b68

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.