Home » All Post, Headlines, SAMM

Iklan Sindiket Perjudian Melalui SMS

Submitted by on May 11, 2016 – 3:20 PMNo Comment

Catatan Umum
11 Mei 2016

Iklan Sindiket Perjudian Melalui SMS

Pada 30 April 2016, saya telah menerima aduan mengenai pengiklanan aktiviti perjudian menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Lebih 50 “screenshot” pesanan SMS tersebut telah pun dihantar melalui aplikasi Whatsapp kepada saya sebagai bukti aktiviti pengiklanan tersebut.

Kira-kira jam 4 petang pada tarikh yang sama, saya telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan melampirkan kesemua “screenshot” tersebut.

Pada 3 Mei 2016, saya telah menerima maklumbalas daripada pihak SKMM berkenaan aduan tersebut yang memaklumkan bahawa pihak SKMM telah menghantar kesemua nombor telefon yang tertera dalam “screenshot” tersebut kepada syarikat operator talian.

Pada 10 Mei 2016, saya telah dihubungi oleh pegawai dari Maxis yang memaklumkan 4 nombor yang terlibat dalam pengiklanan perjudian ini adalah menggunakan perkhidmatan Maxis dan kesemua nombor tersebut telah digantung. Digi melalui emel kepada saya juga memaklumkan nereka telah menamatkan dan menggantung 28 nombor telefon.

Saya juga telah memanjangkan perkara ini untuk perhatian YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri agar beliau dapat menyuarakan perkara ini semasa Mesyuarat Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula pada 16 Mei 2016.

Iklan sindiket perjudian dalam talian yang menggunakan SMS semakin berleluasa. Seiring dengan perkembangan zaman teknologi, hampir setiap rakyat memiliki telefon selular tanpa mengira umur. Sehinggakan kanak-kanak di bangku sekolah rendah juga mempunyai telefon pintar.

Jika pengiklanan sebegini dibiarkan dikhuatiri ia akan mengakibatkan kanak-kanak juga boleh terjerumus ke dalam kancah perjudian. Ada skim perjudian dalam talian ini yang tidak memerlukan individu untuk pergi ke mana-mana premis fizikal, cukup sekadar mempunyai telefon pintar dan akaun bank, mereka sudah boleh bermain judi.

Ada juga penyedia perkhidmatan perjudian ini yang turut menyediakan perkhidmatan pinjaman wang dan Escort Girl. Tanpa kawalan dan pemantauan yang berkesan, kita sebenarnya sedang mengheret bukan sahaja orang dewasa tetapi juga golongan remaja dan kanak-kanak ke kancah perjudian dan seks bebas.

Kerajaan, syarikat penyedia talian, Polis DiRaja Malaysia, Ahli-Ahli Dewan Legislatif dan masyarakat perlu bersama-sama memantau perkembangan tidak sihat ini. Tidak cukup sekadar bertindak hanya apabila aduan dibuat dan hanya menggantung nombor telefon semata-mata kerana pihak yang tidak bertanggungjawab ini boleh mendapatkan nombor telefon baru untuk menjalankan kegiatan mereka.

Semua pihak perlu mencari jalan untuk menghentikan penularan aktiviti ini. Syarikat penyedia talian dan SKMM juga perlu melihat kepada aspek bagaimanakah pihak-pihak tersebut dapat memperoleh nombor telefon orang awam untuk tujuan penyebaran iklan judi.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda SAMM

1375944_408780422664146_6338050362092116361_n

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.