Home » Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Pembebasan Tebusan Abu Sayyaf : KPN Bohong Dan Perlu Minta Maaf

Submitted by on June 16, 2016 – 2:51 PMNo Comment

Kenyataan Umum

16 Jun 2016

Pembebasan Tebusan Abu Sayyaf : KPN Bohong Dan Perlu Minta Maaf

Susulan pembebasan empat rakyat Malaysia yang dikatakan diculik Abu Sayyaf, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kesyukuran kerana keempat-empat mangsa dapat kembali ke pangkuan keluarga semula. Namun begitu, SAMM kesal dengan sikap Ketua Polis Negara (KPN) yang memilih untuk berbohong dalam isu ini.

KPN seperti dipetik oleh beberapa media menyatakan tiada sebarang pampasan dibayar untuk membebaskan keempat-empat mangsa tersebut yang ditahan semenjak bulan April lalu. Sebaliknya KPN memilih untuk menggunakan alasan penggantungan dagangan barangan sebagai alasan pembebasan tersebut. Menurut The Star Online pula, mengatakan empat tebusan itu dibebaskan berikutan beberapa siri rundingan antara Malaysia, Filipina dan kumpulan militan terbabit.

Namun cerita sebenarnya yang diakui oleh mangsa dan keluarga adalah wang tebusan bernilai RM 12 juta iaitu RM 9 juta didermakan oleh penderma secara individu, RM 1 juta daripada gadai janji dua rumah keluarga di Pulau Li Hua dan RM 2 juta dari syarikat perkapalan tempat kesemua tebusan berkhidmat telah dibayar kepada pihak pengganas tersebut. Pihak keluarga telah menyerahkan kira-kira 12 keping cek Bank Hong Leong yang setiapnya bernilai RM 1 juta yang disimpan di dalam beg ke Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Sandakan antara pukul 4 petang dan 6 petang pada 24 Mei lalu.

Persoalannya adalah mengapa KPN perlu membuat satu kenyataan media palsu? Memahami pihak berkuasa dan Kerajaan tidak akan mengakui sebarang bentuk bayaran pampasan atas alasan keselamatan, KPN sepatutnya memilih untuk tidak memberikan sebarang komentar. Bukannya berbohong.

KPN memberikan kenyataan bukan bersifat peribadi tetapi memberikan kenyataan berlandaskan kedudukannya sebagai Ketua Polis Negara. Kenyataan itu adalah satu kenyataan yang mewakili pihak berkuasa keselamatan Malaysia. Apabila memberikan satu kenyataan yang mengelirukan dan berbohong, ia akan menghakis kredibiliti dan integriti bukan sahaja KPN sebagai individu sebaliknya jawatan Ketua Polis Negara dan seluruh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

SAMM kesal dengan cara KPN mengendalikan sidang media dalam kes ini. SAMM mendesak KPN untuk menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf atas kekeliruan yang telah berlaku. Kenyataan KPN tersebut telah menyebabkan pihak keluarga menghadapi tekanan daripada penderma-penderma terbabit sehingga menyebabkan pihak keluarga terpaksa mendedahkan bagaimana proses pembebasan dan pembayaran wang tebusan dilakukan kepada pihak media.

Sinar Harian mencatatkan dalam laporannya bahawa semenjak tahun 2000, lebih kurang 10 kes penculikan dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perairan Sabah. Tidak pernah lagi sebelum ini mana-mana pihak mendedahkan bayaran wang tebusan. Walaupun hal pembayaran wang tebusan ini bukanlah rahsia kepada orang ramai, tetapi sama ada pihak berkuasa mahupun pihak keluarga mangsa tidak pernah membuat pengakuan secara terbuka kepada umum.

Ekoran daripada kelemahan dan kesilapan besar KPN yang membuat kenyataan media sehingga menimbulkan kekeliruan di antara pihak keluarga dan para penderma, butiran bayaran wang tebusan itu akhirnya telah bocor kepada pihak media. Ini pastinya akan memberikan gambaran negatif kepada pihak berkuasa dan Kerajaan sendiri.

Lebih dibimbangi, laporan berita pembayaran wang tebusan daripada negara kita ini akan memberikan lebih inspirasi kepada mana-mana pihak pengganas terutama yang berada di Selatan Filipina untuk melipatgandakan usaha menembusi sempadan perairan negara dan menculik rakyat tempatan atau pelancong asing di Sabah.

SAMM sentiasa mengambil perhatian serius mengenai aspek keselamatan negara terutamanya di perairan Sabah yang kelihatan begitu rapuh pertahanannya. Sewaktu tragedi Lahad Datu, SAMM telah menghantar delegasi bertemu dengan anggota pihak berkuasa keselamatan bagi menyampaikan memo sokongan pada tahun 2013.

SAMM berpandangan bahawa keadaan kerapuhan pertahanan kawalan sempadan di Sabah adalah berpunca daripada dosa Mahathir Mohamad yang telah menjual kad pengenalan warganegara kepada Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah. Pengkhianatan Mahathir Mohamad dan gerombolannya itulah menjadi punca kita menghadapi pelbagai insiden penculikan dan serangan pengganas Sulu yang telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita.

SAMM secara serius mendesak Ketua Polis Negara menarik kenyataannya dan meminta maaf kerana menipu di media. Persoalan lebih besar berapa ratus juta sudah Malaysia menyumbang kepada ‘pengganas’ dikawasan tersebut melalui pembayaran tebusan sebelum ini ?

Sekian,

che’GuBard, SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.