Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Peguam Negara Sila Letak Jawatan

Submitted by on July 21, 2016 – 12:31 PMNo Comment

1mdb1

Kenyataan Umum
21 Julai 2016

1MDB : Peguam Negara Sila Letak Jawatan

Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menunjukkan sistem perundangan dalam negara ini telah hancur musnah. Federal Bureau of Investigation (FBI) telah bertungkus lumus menyiasat mengenai aliran wang haram 1MDB ke USA tetapi PDRM, SPRM dan Peguam Negara Malaysia lebih komited untuk melindungi mereka yang terlibat.

Ini sangat memalukan negara dan akan semakin menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia. Bagaimana Peguam Negara boleh menjadi buta sehingga tidak dapat melihat jenayah kolar putih bernilai berbilion ringgit yang berlaku dalam 1MDB? Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Peguam Negara meletakkan jawatan kerana kegagalannya untuk menjaga kepentingan awam.

Lebih memalukan, tindakan ini adalah tindakan tunggal terbesar di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi, Amerika Syarikat. Mereka-mereka yang terlibat termasuklah “Malaysian Official 1” seperti yang disebut dalam kertas pertuduhan tersebut, telah menjadikan Malaysia bertukar menjadi sebuah negara kleptokrasi (ditadbir oleh perompak).

SAMM menyifatkan pendedahan ini adalah bukti kegagalan YAB Perdana Menteri dalam menjaga kepentingan negara. Jika FBI boleh menemukan kesalahan pengubahan wang haram dalam transaksi yang melibatkan anak tiri YAB Perdana Menteri, mengapa kita gagal untuk mengambil tindakan terhadap Riza Shahriz Bin Abdul Aziz dan sekutunya lebih awal lagi? YAB Perdana Menteri mesti bertanggungjawab dalam perkara ini.

SAMM juga mendesak semua pihak yang bukan dari kalangan Pemerintah untuk berhenti bergaduh sesama sendiri dan memulakan usaha kolektif bagi memastikan Pemerintah tunduk kepada desakan rakyat supaya menghukum semua yang terlibat dalam jenayah korupsi 1MDB ini.

SAMM juga mendesak YAB Perdana Menteri supaya mengosongkan kerusi Perdana Menteri dengan segera dan Parlimen Malaysia perlu bersidang bagi membolehkan satu Suruhanjaya DiRaja yang melibatkan wakil Kerajaan dan Pembangkang serta masyarakat sivil dibentuk bagi mengembalikan segala wang dan aset 1MDB yang telah dirompak itu.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Email : [email protected]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.