Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

RISDA Perlu Lebih Bertanggungjawab Cari Pendapatan Alternatif Pekebun Kecil

Submitted by on July 27, 2016 – 12:57 PMNo Comment

13669841_10205671815949110_7564748983622171241_nKenyataan Umum

27 Julai 2016

RISDA Perlu Lebih Bertanggungjawab Cari Pendapatan Alternatif Pekebun Kecil

Rancangan RISDA yang mengesyorkan pekebun-pekebun kecil untuk menanam pokok ketum untuk pasaran eksport sebagai sumber pendapatan alternatif pekebun kecil adalah satu syor yang kurang bertanggungjawab.

Walaupun dunia perubatan tradisional meletakkan daun ketum sebagai antara herba yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit namun, penyalahgunaan daun ketum di kalangan masyarakat khususnya anak muda perlu juga diberikan perhatian oleh RISDA.

Sekiranya, kewujudan ladang-ladang daum ketum di seluruh negara, bukankah nanti ia akan membuka peluang untuk aktiviti penyeludupan daun ketum keluar dari ladang tersebut dan kemudiannya disalahguna oleh masyarakat setempat?

Berdasarkan kepada laporan berita Utusan Malaysia, Di Malaysia, menanam pokok ketum bukanlah satu kesalahan kerana tidak boleh disabitkan dengan memiliki (daun ketum) dan hanya menjadi kesalahan jika daun ketum diperdagangkan atau dijual.

Ini kerana daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine, yang tertakluk dalam Jadual Ketiga (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952. Seksyen 30, Akta Racun 1952 menetapkan adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.

Bagaimanakah daun ketum ini boleh dieksport sedangkan undang-undang menetapkan aktiviti perdagangan termasuklah pengeksportan daun ketum adalah satu kesalahan? Adakah RISDA mahu mendidik pekebun-pekebun kecil dibawah naungannya untuk ingkar kepada undang-undang negara?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin bertanya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis DiRaja Malaysia, apakah tindakan PDRM terhadap syor RISDA ini? Pelbagai kes berkaitan pemilikan daun ketum telah diambil tindakan oleh PDRM dan dilaporkan media.

Terkini adalah pada 23 Jun 2016 di mana sebuah pasaraya di Jempol telah diserbu oleh PDRM hanya kerana kesilapan label daun ketumbar kepada daun ketum. Jika kesilapan label pun boleh mengundang serbuan polis, apakah kenyataan Pengerusi RISDA itu tidak dipandang serius oleh PDRM?

SAMM juga mendesak RISDA untuk memikirkan alternatif lain sebagai sumber untuk memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Mengapa RISDA tidak memilih untuk menanam pokok stevia, dimana daunnya boleh diproses sebagai bahan menggantikan gula? Tanaman alternatif ini juga boleh menjana pendapatan tambahan untuk pekebun kecil.

Sebagai sebuah agensi yang menjaga kepentingan pekebun kecil getah, RISDA memang perlu meneroka jalan untuk meningkatkan pendapatan dalam keadaan harga komoditi itu yang tidak menentu, tetapi bukan mengambil jalan mudah, dengan memilih pokok ketum sebagai alternatif. Dibimbangi tindakan RISDA ini akan membuka peluang untuk penyalahgunaan daun ketum sebagai satu bahan yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan.

Mohd. Faizal Ab. Rahman

Penyelaras Kebangsaan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Email : [email protected]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.