Home » Rayuan Sumbangan Untuk Program Anak Muda

Rayuan Sumbangan Untuk Program Anak Muda

sumbangan

SAMM ialah sebuah gerakan anak muda (tidak ada struktur dan hiraki formal) yang menghimpunkan anak muda Malaysia dari perbagai latar yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya.

Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah. SAMM memerlukan sumbangan dana semua untuk terus bergerak.
Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun :
Solidariti Anak Muda – 555041113224 (Maybank)